Thursday, July 30, 2009
Malam yang bosan...
Sunyilaa beb... harap ada haris jer, leh jadi penghibur hati yang bosan ni. Skang haris tido, tapi kalau dia jaga, haram aku nak sentuh laptop ni. Susah... dia yang jadi bos plak nanti. Dah besor anak ibu skang.. pejam celik, pejam celik, skang haris dah setahun 7 bulan. Sonotnya, gi mana2 mesti nak bawak dia. Tapi masa gini, bawak dia gi jalan2, bengang gak, sebabnya skali kuar, tak nak balik. Nak lepaskan diri buat seketika... aku plak yang susah, sebab nak solat laa, nak ni laa.. nak tu laa.. tapi dia rileks jer... dia tetap ngan dunia dia. Rasanya dah tiba haris untuk hantar ke nursery. Tapi aku bebetul dilema ni... mana taknya, wanku dia jaga dari kecik lagi. Then tetiba skang aku nak hantar dia nursery. Then mak aku plak cam tak setuju dengan cadangan tu. Bukan niat dihati nak sakitkan hati dia ataupun tak percayakan dia, tapi sesungguhnya aku kesiankan dia. Dah laa, ada husna skang ni, then haris plak lasak. Then jaga cek lagi, penat dia. Kesian. Tapi mak aku tetap berkeras nak jaga si haris gak. Cam ner ni, apa yang patut aku buat? Bebetul dilema skang.
Tak pun aku hantar jer si haris gi nursery. Keraskan hati n kuatkan semangat. Uwaa... tak tau nak buat cam ner skang... tanya hubby pun, jawapannya suka hati. Kalau ikutkan hati, baik tak yah tanya... aku buat jer keputusan sendiri... tak membantu langsung....
Haaa... sementara aku ingat ni, nak ucap takziah utk mc jue sekuarga sebab baru jer kehilangan baby twin (yang spesis ngan aku) tapi dia dapat boy. Bukan rezeki la tu. Nama yang diberi, al - amin dan al - iman. Diorang tak der masa dalam kandungan, baru jer 3 bulan lebih. Tak per mc jue, cuba lagi. Aku pun nak tambah lagi gak ni, tapi lum ada rezeki lagi. Tengah berusaha... usaha tangga kejayaan. Jap.. nak layan hafiz jap... masih jelas...then akim plak... bengang.... best gak layan.
Wednesday, July 15, 2009
Welcome Home Husna....
Tuesday, July 14, 2009
Orang Lain Yang Bersalin, Orang Lain Plak Nak Meroyan...
Friday, April 24, 2009
Doa Ibu Untuk Anak...
Rasanya tak aci plak kalau ada doa untuk suami jer, mesti ada gak untuk anak. Yer laaa... hubungan anak ngan ibu sampai ke alam barzakh, kalau ngan suami tu lum tentu lagi sampai ke sana kan? Hehehe... Sajer nak share ngan semua. Doa doa ni semua pun saya amik dalam internet gak. Insyaallah dengan doa ni semua, moga kita semua dapat manfaat untuk kita n keluarga kita gak hingga ke akhir zaman...
Ya Ghaffar, ya RahimKau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami
Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu
Kami berlomba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian
Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan
Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta seperti dulu,
ketika mereka mengeringkan air mata mereka dalam kehangatan dada-dada kami
Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami menjadi pemberang, pembangkang,
dan penentang-Mu
Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih
Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami
Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka ayat-ayat Al quran dan Sunnah Nabi-Mu
Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami
Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami dengan air mata penyesalan akan
kelalaian kami
Ya Allah, ya Jabbar, ya Ghaffar
Anugerahkan kepada kami para pemimpin kami kearifan
untuk mendidik anak-anak negeri ini dalam kesalehan
Berikan kepada mereka petunjuk-Mu
sehingga mereka menjadi suri teladan bagi kami dan anak-anak kami
Limpahkan kepada mereka perlindungan-Mu
supaya mereka melindungi kami dengan keadilan-Mu
Jauhkan mereka dari kezaliman sehingga kami dapat mengabdi-Mu dengan tenteram dan aman
Ya Rahman, ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesalehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikan kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sehatkan badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orang tuanya yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia
Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengobat
yang sebutan-Nya penyembuhan
yang ketaatan-Nya kecukupan sayangi kami
yang modalnya hanya harapan
dan senjatanya hanya tangisan
Thursday, April 23, 2009
Doa Isteri Untuk Suami...
Okler.. ni ada something nak share ngan semua. Doa ni, kawan aku laa duk suruh aku baca sokmo after pray. Tapi aku tak buat lagi. Bukan tak print, dah print, tapi hati lum terbuka lagi nak baca doa ni kut. Insyaallah.. after this... sorry umi. But don't worry, bila dah berada di blog ni, rasanya dah timbul minat utk baca doa ni kut. Hehehe.. jgn marah... i'm sorry (ikut style amir)...
So kekawan semua, after solat, tak salah kalau memanjang doa sikit just semata mata utk kebahagiaan kita jugak. Insyaallah... sama - sama laa tadah utk doa ni...
Monday, April 6, 2009
Dunia Haris Semata - mata...
Sunday, April 5, 2009
Haris... anakku...
Yer la... nak citer pasal apa lagi kalau tak pasal Haris. Dulu ada member2 yang berdekatan leh gak share citer pasal anak ni, tapi sekarang aku dah duk jauh di kampung... so kawan yang biasanya ber share cerita dengannya tu, susah sikitlaa... dah masing2 sibuk ngan kerja. Nak tepon tiap - tiap hari pun, tak termampu. Just keep in touch by email. Itu pun ada masa yang terluang nak beremail. Kalau duk dekat ni lain sikit.
Haris skang ni dah setahun empat bulan. Tiga hari yang lepas aku dah botakkan kepala dia. Memang kesukaan ibunya botakkan kepala Haris ni. Nak botakkan kepala dia bukan senang, masa dia tido jer leh buat kerja tu semua. Masa dia jaga, tok sah harap la dapat buat, penakut. Cam ayah dia kata la, harap muka jer hensem tapi penakut. Itu laa Haris...
Dulu masa lahirkan dia, kecik jer dia ni, nak pegang pun takut. Tak sangka gak masa tu, aku dah naik pangkat, dapat title ibu. Tapi itu la, selama ni yang ku idamkan sesangat, zuriatku sendiri. Skang aku besarkan Haris di kampung iaitu di Terengganu. Itu lah hajatku. Biarlah susah cam ner pun, akan ku cuba untuk kuatkan semangat, tabahkan diri dan sabar bebanyak. Iyalah bukan senang nak didik anak. Orang tua selalu pesan, masa nak besarkan anak ni, banyak hal kita kena sabar. Kalau hilang sabar, macam - macam leh berlaku. Whatever it is, anything can happen laa...
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, Haris membesar cam budak - budak lain. Cuma skang ni, semakin lasak. Dan mulut asyik berbunyi ajer, tapi langsung tak paham apa yang dia cakap. Mungkin dalam proses nak bercakap kut, so dia kena lepas stage dia yang tertentu la. Maklumlah, si Haris ni dapat berjalan masa umur 10 bulan, cepat benor, tak sangka plak aku. Orang tua ada kata, kalau cepat jalan, maknanya cakap yer lambat sikit la. Ada kebenaran gak orang tua kata ni. Sebab anak kawan aku, setahun dah buleh panggil ibu, papa. Yer la.. semua budak tak sama kan... atas diri memasing laa.
Tuesday, March 31, 2009
Kehadiranmu membuatkan diriku lebih sempurna...
Haris begitu bermakna dalam hidup ibu, membuatkan ibu sebegitu sempurna. Ibu jadikan ruangan ini, khas untuk kita berdua dan adik - adik ... insyaallah kalau ada rezeki... mungkin ini laa tempat untuk kita kongsi bersama... just me and you...
Oleh sebab itu, ibu tujukan lagu ni khas untuk Haris...
Kau begitu sempurna
Kau genggam tanganku