Sunday, April 5, 2009

Haris... anakku...

Hari ni aku tak gi kerja... ada family matter yang nak kena settle. Ingatkan nak masuk kerja after lunch, tapi tak leh nak gi la, kepala dah serabut. Nak buat cam ner, tak der mood. So dikelapangan ini, aku nak update la blog ni. Tak pandai sangat sebenarnya nak berblog, tapi bila tengok blok member - member semua, rumusan yang aku dapat buat, blog ni cam karangan laa... topik bebas. Blog ni pun, sepupu yang tolong buatkan design semua ni. Kalau aku buat, memang tak rupa budak IT la. Skang sepupu aku tu dah kena gi PLKN. So, tak dapatla nak mintak tolong lagi. Kenalah buat sendiri plok. Hehehehe...

Yer la... nak citer pasal apa lagi kalau tak pasal Haris. Dulu ada member2 yang berdekatan leh gak share citer pasal anak ni, tapi sekarang aku dah duk jauh di kampung... so kawan yang biasanya ber share cerita dengannya tu, susah sikitlaa... dah masing2 sibuk ngan kerja. Nak tepon tiap - tiap hari pun, tak termampu. Just keep in touch by email. Itu pun ada masa yang terluang nak beremail. Kalau duk dekat ni lain sikit.

Haris skang ni dah setahun empat bulan. Tiga hari yang lepas aku dah botakkan kepala dia. Memang kesukaan ibunya botakkan kepala Haris ni. Nak botakkan kepala dia bukan senang, masa dia tido jer leh buat kerja tu semua. Masa dia jaga, tok sah harap la dapat buat, penakut. Cam ayah dia kata la, harap muka jer hensem tapi penakut. Itu laa Haris...

Dulu masa lahirkan dia, kecik jer dia ni, nak pegang pun takut. Tak sangka gak masa tu, aku dah naik pangkat, dapat title ibu. Tapi itu la, selama ni yang ku idamkan sesangat, zuriatku sendiri. Skang aku besarkan Haris di kampung iaitu di Terengganu. Itu lah hajatku. Biarlah susah cam ner pun, akan ku cuba untuk kuatkan semangat, tabahkan diri dan sabar bebanyak. Iyalah bukan senang nak didik anak. Orang tua selalu pesan, masa nak besarkan anak ni, banyak hal kita kena sabar. Kalau hilang sabar, macam - macam leh berlaku. Whatever it is, anything can happen laa...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, Haris membesar cam budak - budak lain. Cuma skang ni, semakin lasak. Dan mulut asyik berbunyi ajer, tapi langsung tak paham apa yang dia cakap. Mungkin dalam proses nak bercakap kut, so dia kena lepas stage dia yang tertentu la. Maklumlah, si Haris ni dapat berjalan masa umur 10 bulan, cepat benor, tak sangka plak aku. Orang tua ada kata, kalau cepat jalan, maknanya cakap yer lambat sikit la. Ada kebenaran gak orang tua kata ni. Sebab anak kawan aku, setahun dah buleh panggil ibu, papa. Yer la.. semua budak tak sama kan... atas diri memasing laa.

1 comment:

  1. Haris Worldddd....

    Dah botak.. ekekeke mesti makin kiut...
    Hai haris, auntie wanie pun dok sabor nak timang anok sendiri... mcm geng men bola haris nanti... ekekeke

    Take Care Haris, dengar cakap ibuuuu

    ReplyDelete