Thursday, April 23, 2009

Doa Isteri Untuk Suami...

Dah lama rasanya tak update blog ni. Haris demam, lebih kurang seminggu jugak. 4 malam tido tak lena, then dia rasa letih, seminggu jugak laa... Alhamdulillah, skang haris dah baik, cergas seperti sedia kala. Lagi lasak ada laa.. tak leh duk diam langsung.

Okler.. ni ada something nak share ngan semua. Doa ni, kawan aku laa duk suruh aku baca sokmo after pray. Tapi aku tak buat lagi. Bukan tak print, dah print, tapi hati lum terbuka lagi nak baca doa ni kut. Insyaallah.. after this... sorry umi. But don't worry, bila dah berada di blog ni, rasanya dah timbul minat utk baca doa ni kut. Hehehe.. jgn marah... i'm sorry (ikut style amir)...

So kekawan semua, after solat, tak salah kalau memanjang doa sikit just semata mata utk kebahagiaan kita jugak. Insyaallah... sama - sama laa tadah utk doa ni...


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiadaterbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terusbersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akanmembimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku diJannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akansegala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku diDuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku darimenyakiti perasaannya
Sekiranya...suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
makaBerilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk dirikuseorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yangmelalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkankeadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlenaYa Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah akupetunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."

No comments:

Post a Comment