Friday, April 24, 2009

Doa Ibu Untuk Anak...

Salam semua...

Rasanya tak aci plak kalau ada doa untuk suami jer, mesti ada gak untuk anak. Yer laaa... hubungan anak ngan ibu sampai ke alam barzakh, kalau ngan suami tu lum tentu lagi sampai ke sana kan? Hehehe... Sajer nak share ngan semua. Doa doa ni semua pun saya amik dalam internet gak. Insyaallah dengan doa ni semua, moga kita semua dapat manfaat untuk kita n keluarga kita gak hingga ke akhir zaman...


Ya Ghaffar, ya Rahim

Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini

Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami

kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami

Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami

Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu

kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu

hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami

tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu

tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu

tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlomba mengejar status dan kebanggaan

meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian

Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan

membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan

Kami terlena memburu kesenangan

sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja

sambil memandang kami dengan pandangan cinta seperti dulu,

ketika mereka mengeringkan air mata mereka dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami menjadi pemberang, pembangkang,

dan penentang-Mu

Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih

Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka dengan dekapan kasih sayang kami

berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka ayat-ayat Al quran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu

dan memohon kepada-Mu seusai salat kami

untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu

mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.

Izinkan kami membasahi tempat sujud kami dengan air mata penyesalan akan

kelalaian kami

Ya Allah, ya Jabbar, ya Ghaffar

Anugerahkan kepada kami para pemimpin kami kearifan

untuk mendidik anak-anak negeri ini dalam kesalehan

Berikan kepada mereka petunjuk-Mu

sehingga mereka menjadi suri teladan bagi kami dan anak-anak kami

Limpahkan kepada mereka perlindungan-Mu

supaya mereka melindungi kami dengan keadilan-Mu

Jauhkan mereka dari kezaliman sehingga kami dapat mengabdi-Mu dengan tenteram dan aman

Ya Rahman, ya Rahim

Indahkan kehidupan kami dengan kesalehan anak-anak kami

Peliharalah anak-anak kami yang kecil

Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah

Sucikan kalbu mereka

Bersihkan kehormatan mereka

Sehatkan badan mereka

Cerdaskan akal mereka

Indahkan akhlak mereka

Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu

yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia

yang berbakti kepada orang tuanya yang bermanfaat kepada bangsanya

yang berkhidmat kepada sesama manusia

Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengobat

yang sebutan-Nya penyembuhan

yang ketaatan-Nya kecukupan sayangi kami

yang modalnya hanya harapan

dan senjatanya hanya tangisan

Thursday, April 23, 2009

Doa Isteri Untuk Suami...

Dah lama rasanya tak update blog ni. Haris demam, lebih kurang seminggu jugak. 4 malam tido tak lena, then dia rasa letih, seminggu jugak laa... Alhamdulillah, skang haris dah baik, cergas seperti sedia kala. Lagi lasak ada laa.. tak leh duk diam langsung.

Okler.. ni ada something nak share ngan semua. Doa ni, kawan aku laa duk suruh aku baca sokmo after pray. Tapi aku tak buat lagi. Bukan tak print, dah print, tapi hati lum terbuka lagi nak baca doa ni kut. Insyaallah.. after this... sorry umi. But don't worry, bila dah berada di blog ni, rasanya dah timbul minat utk baca doa ni kut. Hehehe.. jgn marah... i'm sorry (ikut style amir)...

So kekawan semua, after solat, tak salah kalau memanjang doa sikit just semata mata utk kebahagiaan kita jugak. Insyaallah... sama - sama laa tadah utk doa ni...


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiadaterbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terusbersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akanmembimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku diJannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akansegala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku diDuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku darimenyakiti perasaannya
Sekiranya...suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
makaBerilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk dirikuseorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yangmelalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkankeadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlenaYa Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah akupetunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."

Monday, April 6, 2009

Dunia Haris Semata - mata...

Hari ni ibu gi kerja, balik jer kerja bawak Haris gi Pantai Batu Burok. Ajak dia main kat playground sana. Kesian Haris, dia mana biasa main - main tempat cam tu. So tengok jer la orang main. Nak main sama tak pandai. Ada kawan sebaya pun, si Haris ni nak peluk budak tu. Apa motifnya pun, ibu tak tau laa. Haris jarang terdedah dengan dunia luar lagi ni. Bimbang gak, takut takut culture shock. Tapi ibulah, busy jer kan. Penat jer manjang. Balik kerja, ibu penat, balik kerja, ibu baring. Kerja banyak kat opis nak... ada masa inysallah, ibu bawak Haris jalan - jalan.
Seronok ibu tengok haris enjoy at there. Kesian pun ada, tak per laa... janji haris heppy sokmo. Ibu pun heppy.
Tadi, ibu ada baca satu majalah la.. then teringat kata - kata one of the article dalam majalah tu.
"Biar sebesar mana masalah yang datang ketika hidup, janganlah anggap ia besar, tetapi anggaplah ia adalah masalah yang kecil. Dan sekiranya kita punya masalah yang kecil, anggaplah ia seperti tidak ada."
Kata - kata tu kena sebijik kat muka aku ni aaa... Elok gak tu, biar sedar diri skit. Kalau tak, macam - macam n semua benda nak pikir. Yang dah berlalu tu, biarkan jer berlalu. Life must go on.
Kadang - kadang, terasa gak blog ni macam diari berdigital plak. Hehehe... kata zaman moden. Macam - macam leh jadi. Nak ngan tak nak terima perubahan jer... tepuk dada tanya selera, kan haris... hihihihi...

Sunday, April 5, 2009

Haris... anakku...

Hari ni aku tak gi kerja... ada family matter yang nak kena settle. Ingatkan nak masuk kerja after lunch, tapi tak leh nak gi la, kepala dah serabut. Nak buat cam ner, tak der mood. So dikelapangan ini, aku nak update la blog ni. Tak pandai sangat sebenarnya nak berblog, tapi bila tengok blok member - member semua, rumusan yang aku dapat buat, blog ni cam karangan laa... topik bebas. Blog ni pun, sepupu yang tolong buatkan design semua ni. Kalau aku buat, memang tak rupa budak IT la. Skang sepupu aku tu dah kena gi PLKN. So, tak dapatla nak mintak tolong lagi. Kenalah buat sendiri plok. Hehehehe...

Yer la... nak citer pasal apa lagi kalau tak pasal Haris. Dulu ada member2 yang berdekatan leh gak share citer pasal anak ni, tapi sekarang aku dah duk jauh di kampung... so kawan yang biasanya ber share cerita dengannya tu, susah sikitlaa... dah masing2 sibuk ngan kerja. Nak tepon tiap - tiap hari pun, tak termampu. Just keep in touch by email. Itu pun ada masa yang terluang nak beremail. Kalau duk dekat ni lain sikit.

Haris skang ni dah setahun empat bulan. Tiga hari yang lepas aku dah botakkan kepala dia. Memang kesukaan ibunya botakkan kepala Haris ni. Nak botakkan kepala dia bukan senang, masa dia tido jer leh buat kerja tu semua. Masa dia jaga, tok sah harap la dapat buat, penakut. Cam ayah dia kata la, harap muka jer hensem tapi penakut. Itu laa Haris...

Dulu masa lahirkan dia, kecik jer dia ni, nak pegang pun takut. Tak sangka gak masa tu, aku dah naik pangkat, dapat title ibu. Tapi itu la, selama ni yang ku idamkan sesangat, zuriatku sendiri. Skang aku besarkan Haris di kampung iaitu di Terengganu. Itu lah hajatku. Biarlah susah cam ner pun, akan ku cuba untuk kuatkan semangat, tabahkan diri dan sabar bebanyak. Iyalah bukan senang nak didik anak. Orang tua selalu pesan, masa nak besarkan anak ni, banyak hal kita kena sabar. Kalau hilang sabar, macam - macam leh berlaku. Whatever it is, anything can happen laa...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, Haris membesar cam budak - budak lain. Cuma skang ni, semakin lasak. Dan mulut asyik berbunyi ajer, tapi langsung tak paham apa yang dia cakap. Mungkin dalam proses nak bercakap kut, so dia kena lepas stage dia yang tertentu la. Maklumlah, si Haris ni dapat berjalan masa umur 10 bulan, cepat benor, tak sangka plak aku. Orang tua ada kata, kalau cepat jalan, maknanya cakap yer lambat sikit la. Ada kebenaran gak orang tua kata ni. Sebab anak kawan aku, setahun dah buleh panggil ibu, papa. Yer la.. semua budak tak sama kan... atas diri memasing laa.